iPOD

Peranti kecil yang berjaya mengubah industri muzik suatu ketika dahulu.

Peranti iPod ialah merupakan peranti muzik yang mula diperkenalkan oleh CEO Apple, Steve Jobs pada tahun 2001. Bermula dengan peranti yang dinamakan sebagai 'iPod', hadir dengan slogan iklan '1,000 Songs in Your Pocket' yang sehingga kini diingati oleh penggemar muzik di seluruh dunia. Dengan bersaiz kecil yang boleh dimasukkan ke dalam poket, ia telah melonjakkan nama Apple ke seluruh dunia selain menaikkan pasaran Apple dalam industri muzik sejak dari itu.

Di bawah keluarga iPod ini, Apple telah memperkenalkan sebanyak lima jenis kategori dengan setiap daripadanya mempunyai saiz, reka bentuk dan sasaran pengguna yang tertentu.
Antaranya ialah:
• iPod Classic (dijenamakan pada tahun 2007),
• iPod Mini,
• iPod Nano,
• iPod Shuffle dan,
• iPod Touch.

Namun, hanya satu kategori sahaja iaitu iPod Touch yang masih dijual sehingga kini dan penjualan bagi kesemua empat kategori yang lain telahpun ditamatkan serta tidak mempunyai sokongan untuk servis pembaikan oleh pihak Apple. Berikut ialah senarai dan kesemua nama yang berada di bawah kategori iPod masing-masing:

iPod Classic (2001-2009)
• iPod (Scroll Wheel)
• iPod (Touch Wheel)
• iPod (Dock Connector)
• iPod with color display (iPod Photo)
• iPod 5th Generation (iPod Video)
• iPod Classic

iPod Mini (2004-2005)
• iPod Mini
• iPod Mini 2nd Generation

iPod Shuffle (2005-2015)
• iPod Shuffle
• iPod Shuffle (2nd generation)
• iPod Shuffle (3rd generation)
• iPod Shuffle (4th generation)

iPod Nano (2005-2015)
• iPod Nano
• iPod Nano (2nd generation)
• iPod Nano (3rd generation)
• iPod Nano (4th generation)
• iPod Nano (5th generation)
• iPod Nano (6th generation)
• iPod Nano (7th generation)

iPod Touch (2007-kini)
• iPod Touch
• iPod Touch (2nd generation)
• iPod Touch (3rd generation)
• iPod Touch (4th generation)
• iPod Touch (5th generation)
• iPod Touch (6th generation)

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.