Berita Macbook Macbook Pro

Jualan Macbook Bertambah 17.1% Pada Suku Kedua 2017 Berbanding Suku Pertama 2017

Jualan

Laporan dari Trendforce mendedahkan jualan Macbook bertambah 17.1% pada suku kedua 2017 berbanding suku pertama 2017. Trendforce merupakan firma penyelidikan pasaran yang terkenal dan boleh dipercayai. Kepakaran mereka ada dalam pasaran elektronik secara umumnya.

Secara keseluruhan, jualan komputer riba meningkat sebanyak 5.7% pada suku kedua 2017 berbanding suku pertama 2017. Permintaan dari negara-negara Amerika Utara banyak menyumbang kepada peningkatan ini. Ianya melebihi daripada jangkaan asal pasaran.

HP masih lagi mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu jualan komputer riba buat lima suku tahunan berturut-turut. Kedudukan ini diikuti dengan Lenovo, Dell dan ASUS.

Apple masih lagi menduduki tangga kelima dalam kedudukan pengeluar komputer riba. Namun kedudukannya semakin hampir dengan ASUS yang menduduki tangga keempat. Trendforce melaporkan peningkatan jualan komputer riba Apple sebahagian besarnya disumbangkan oleh model baharu Macbook 12 inci. Apple juga berjaya meningkatkan kuasa bahagian pasaran kepada 10% berbanding 9% pada suku pertama.

Trendforce juga menjangkakan kedudukan Apple akan menjadi lebih utuh dan mungkin berjaya memintas ASUS untuk suku ketiga tahun 2017. Salah satu kumpulan produk komputer riba Apple iaitu Macbook Pro mungkin akan mendorong kepada peningkatan jualan itu nanti. Pada June 2017, model Macbook Pro telah dikemaskini dengan cip pemprosesan dan cip grafik yang lebih baik. Macbook Pro 13 inci dengan Touch Bar juga telah diperkenalkan di pasaran. Jangkaan ini disokong dengan keadaan pasaran komputer riba di rantau Asia Pasifik yang menjadi lebih perlahan. Pengeluar seperti Lenovo, Asus dan Acer banyak bergantung pada pasaran Asia Pasifik untuk menambah kuantiti jualan komputer riba mereka.

Ini adalah kedudukan pengeluar komputer riba pada suku kedua tahun 2017:-

Jualan

Sumber: Trendforce

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.