tvOS

Kemas Kini tvOS 10.2.1 Dilepaskan Secara Rasmi

Kemas kini rasmi tvOS 10.2.1 telah dilepaskan kepada semua pengguna bermula hari ini. Sebelum ini Apple mengeluarkan kemas kini tvOS 10.2 dengan tatal yang dipertingkatkan apabila menggunakan Siri Remote. Dalam kemas kini ini juga tidak mempunyai sebarang ciri dan fungsi terbaru.

Kemas kini ini juga merupakan kemas kini kecil bagi tvOS 10.2 yang dilihat sebagai hanya untuk pembaikian dan menampal pepijat, pembaikan ralat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi manakala tvOS 10 pula mempunyai pelbagai ciri dan fungsi terbaru seperti dark mode, sokongan HomeKit, Siri yang lebih bijak dan pelbagai lagi.

Apple dijangka akan memperkenalkan tvOS 11 pada acara khas WWDC 17 akan datang yang akan berlangsung pada 6 Jun ini.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.