Khabar Angin

Gambar Kerangka Dan Bongkah Acuan iPhone 7s, iPhone 7s Plus Dan iPhone 8 Telah Tertiris

Seperti biasa pada tiap-tiap minggu akan terdapat khabar angin, gambar yang tertiris bagi model peranti Apple yang terbaru dan bakal diperkenalkan pada tahun ini. Untuk hari ini, gambar kerangka dan bongkah acuan untuk membuat serta mengukur kerangka telah tertiris.

Hasil sumber dikeluarkan oleh Benjamin Geskin – merupakan ‘orang baharu’ dalam memberi maklumat mengenai model iPhone 8 ini telah memuat naik gambar kerangka dan bongkah acuan kesemua iPhone pada akaun twitter beliau. Beliau berkata, ukuran kerangka tersebut dibuat berdasarkan ukuran yang diberikan kepada syarikat pembuat kerangka oleh pekerja Foxconn.

Bongkah acuan ini biasanya digunakan untuk membuat kerangka ataupun bingkai housing untuk sesuatu produk. Dalam gambar tersebut menunjukkan rekaan iPhone 7s, iPhone 7s Plus dan juga iPhone 8. Untuk kerangka pula, jika diperhatikan pada kerangka iPhone 8 berwarna merah itu seakan kerangka yang dijual oleh Apple – tapi hanya andaian oleh saya sahaja.

Jika betul, kita sudah nampak bayangan rekaan iPhone 8 ini tetapi jika diperhatikan pada butang Power ‘kerangka iPhone 8’ itu nampak seperti kecil dan tidak sama dengan bongkah acuan. Mungkin ia adalah kerangka iPhone 7 sebelum ini dan ditukar rekaan kamera sahaja – sekali lagi, andaian oleh saya sendiri.

Namun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Waktu terbaik untuk mempercayai sebarang khabar angin, ura-ura dan gambar tertiris ialah pada bulan Julai hingga September. Waktu itu ialah waktu pengeluaran berakhir untuk model terawal bagi kesemua iPhone yang bakal dikeluarkan pada tahun ini.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.