Apple

Ketiga-Tiga iPhone Baru Tahun Ini Dikenali Sebagai ‘iPhone 8’, ‘iPhone 8 Plus’ Dan ‘iPhone X’

Pelbagai maklumat dan informasi yang dijumpai pada versi iOS 11 Golden Master (GM) yang telah tertiris yang telah memperlihatkan senarai ciri terbaru yang terdapat pada iPhone 8/Edition/Pro/X, penetapan penggunaan Face ID, rekaan Apple Watch Series 3 dan Apple AirPods 2 serta Animoji. Kali ini pula, memperlihatkan nama rasmi yang digunakan pada ketiga-tiga iPhone baru tahun ini.

Dijumpai oleh pembangun Steven Troughton-Smith pada kod GM tersebut, telah menjumpai nama iPhone dan dikenali sebagai: ‘iPhone 8’, ‘iPhone 8 Plus’ Dan ‘iPhone X’. “Mana iPhone 7s dan iPhone 7s Plus”? Apple mungkin akan melangkau dan tidak lagi mengeluarkan siri ‘s’ seperti model sebelum bagi tahun ini.

Ini kerana, tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 iPhone dan sudah pasti Apple mahukan suatu yang baharu dan lebih baik dari model sebelum ini. Sejak tahun 2015, Apple telah melancarkan dua saiz iPhone iaitu iPhone 6 & 6 Plus. Jadi kenapa tahun ni ada tiga pula? iPhone mula diperkenalkan pada tahun 2007 dan tahun ini ialah 2017 maka sepanjang 10 tahun Apple telah melancarkan peranti iPhone ini.

Untuk menyambut ulang tahun ke-10 iPhone, Apple akan memperkenalkan ‘iPhone X’ OLED dengan spesifikasi yang tinggi berbanding dua model lain. Berdasarkan huruf roman, X = 10, maka 10 tahun. Nama ‘X’ sudah lama digunakan pada poduk lain (Final Cut Pro X, Mac OS X). Apple mula menggunakan nama ‘X’ ini pada setiap produk Apple yang telah mencapai ulang tahun ke-10 atau generasi ke-10 seperti perisian Final Cut Pro X, Logic Pro X dan sistem operasi Mac OS X.

Kenapa tak ada iPhone 7s dan iPhone 7s Plus? Berdasarkan teori dan pendapat saya sendiri, siri ‘s’ ini hanyalah perubahan kecil tidak seperti model bernombor dan telah mencapai ulang tahun ke-10, Apple mungkin mahu mengeluarkan barisan iPhone yang baru. Tidak seperti zaman Steve Jobs dulu. Oleh itu Apple akan menamakan kedua-dua iPhone yang menggantikan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus kepada iPhone 8 dan iPhone 8 Plus beradarkan kod yang dijumpai.

Anda akan membeli iPhone 8, iPhone 8 Plus atau iPhone X?

Kemas kini: pembangun  telah menjumpai kod ‘iPhone 8 Plus’

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.