Khabar Angin

KGI: iPhone 2018 Akan Bercirikan Teknologi Cipset Modem Pra-5G Dengan Kelajuan Pantas

Penganalisis KGI Securities iaitu Ming-Chi Kuo telah mengeluarkan laporan terbaru menyatakan, model generasi iPhone akan datang yang dijangka akan diperkenalkan pada tahun hadapan akan menggunakan cipset modem Intel XMM 7560 dan Qualcomm Snapdragon X20. Kedua-dua cipset modem ini digunakan ialah untuk membolehkan kelajuan LTE yang lebih pantas.

Beliau juga menyatakan, kedua-dua cipset modem tersebut akan menyokong teknologi 4×4 MIMO, berbanding teknologi 2X2 MIMO yang terdapat pada model peranti iPhone yang terbaru sekarang ini. Kuo juga menjangkakan, Intel akan membekalkan hampir keseluruhan cipset tersebut dengan sebanyak 70% hingga 80% kepada Apple.

Selain itu, menurut beliau lagi, menjangkakan model iPhone tahun hadapan akan bercirikan ‘dual-SIM dual standby’ (DSDS), dengan sokongan sambungan LTE+LTE yang akan membolehkan kedua-dua sim diaktif dan digunakan dengan menggunakan satu cipset modem sahaja. Telefon yang menggunakan DSDS sekarang ini hanya menyokong sambungan LTE+3G sahaja.

Tidak dipastikan samada iPhone baharu akan mempunyai dua slot kad sim atau salah satu daripadanya secara terbina dari dalam peranti.

Sebelum ini, terdapat laporan oleh Fast Company menyatakan model iPhone akan datang bakal menggunakan teknologi 5G sepenuh yang dibangunkan dengan kerjasama bersama Intel.

 

Sumber artikel: MacRumors

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.