Apple

Muat Turun Wallpaper Baharu Yang Terdapat Pada iOS 11 Golden Master

Setiap versi iOS dan iPhone baharu yang diperkenalkan, akan mempunyai wallpaper baru yang disertakan. Bagi kali ini, sistem operasi iOS 11 bakal dilancarkan dengan rasmi pada acara khas Apple yang akan berlangsung pada 13 September ini namun, versi Golden Master (GM) iaitu versi terakhir telah pun tertiris.

Pada versi Golden Master ini, sebanyak 16 wallpaper baharu yang ditambahkan. Antaranya ialah, enam wallpaper bunga dan tiga wallpaper angkasa lepas (planet bumi dan bulan) enam wallpaper pelangi seperti logo retro Apple (bukan LGBT, warna pelangi tersebut digunakan pada logo Apple tahun 1977-1998 bagi memberikan produk Apple sebagai mesra pengguna, menarik minat pelajar dan untuk menitikberatkan paparan warna yang terdapat pada Apple II).

Namun, tiada wallpaper Live of Dynamic atau ‘Live Wallpaper’ baharu yang ditambah. Saya menyarankan anda untuk muat turun pada pautan di bawah dan bukan dengan ‘save as’ wallpaper yang telah dimuat naik pada laman web atau Facebook. Ini kerana resolusi dan kualiti gambar akan berkurangan memberikan paparan wallpaper yang tidak jelas dipaparkan pada peranti anda.

Klik pada ayat di bawah untuk muat turun wallpaper mengikut peranti (warna ‘OLED Black’ tidak dapat dimuat naik dan hanya terdapat pada bentuk .zip):

album wallpaper iOS 11 untuk iPhone

album wallpaper iOS 11 untuk iPad

atau anda boleh muat turun kesemua sekali gus pada pautan di bawah dalam bentuk .zip:

album wallpaper iOS 11 untuk iPhone

album wallpaper iOS 11 untuk iPad

 

Sumber sepenuhnya: 9to5Mac

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.