Paten

Paten Oleh Apple Memperlihatkan Penggunaan Apple Pencil Pada iPhone

Pada bulan Mei yang lepas, Apple telah pun mendapat hak paten untuk penggunaan Apple Pencil pada peranti iPhone mereka. Kali ini pula, Apple telah mengemaskini paten tersebut dengan menunjukkan ilustrasi berkaitan penggunaan Apple Pencil pada iPhone itu.

Ilustrasi pada paten tersebut memperlihatkan sebuah notifikasi dipaparkan pada skrin iPhone dengan mesej yang menyuruh pengguna untuk menukar dan menggantikan penghujung ‘tip’ Apple Pencil bagi mengelakkan daripada skrin iPhone tercalar dan sebagainya.

Tidak dipastikan lagi bagaimana penggunaan Apple Pencil akan berkesan pada peranti dengan skrin kecil seperti iPhone ini. Walaupun saiz yang semakin besar tapi keberkesanan seperti untuk membawa dan menyimpan Apple Pencil ini masih samar lagi.

 

Sumber: Patently Apple

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.