Apple

Pengguna iPhone X Boleh Menghantar Emoji Beranimasi (Animoji) Berdasarkan Ekspresi Wajah Mereka

Berikutan dengan versi iOS 11 Golden Master (GM) yang tertiris hari ini, terdapat maklumat lanjut mengenai ciri yang Apple bakal perkenalkan pada acara khas bagi sistem operasi iOS 11. Dijumpai oleh laman web 9to5Mac, terdapat ciri untuk emoji baharu dengan paparan beranimasi yang dikenali sebagai ‘Animoji’ untuk iMessage (buat masa ini, mungkin).

Namun, emoji beranimasi ini hanya terdapat pada iPhone X sahaja dengan penggunaan sistem pengimbas wajah, membolehkan pengguna untuk membuat emoji tersebut bergerak secara animasi berdasarkan suara dan ekspresi wajah mereka setelah dirakam pada kamera hadapan dengan sistem tersebut.

Selain dari emoji di atas, terdapat juga emoji lain yang boleh dibuat secara beranimasi seperti unicorn, arnab, khinzir, tahi, panda, musang dan banyak lagi seperti yang anda boleh lihat di bawah. Terdapat juga emoji berbentuk hati yang boleh digunakan bersama-sama emoji di bawah ini dan menambahkan animasi.

 

Pelbagai ekspresi wajah yang boleh diimbas menggunakan ‘iPhone 8’ ini seperti yang tertera di bawah, menunjukkan tahap terperinci kebolehan kamera baharu ini membaca riak wajah manusia. Animoji juga boleh diubah suai mengikut pergerakan wajah ke kiri atau ke kanan, kening, pipi, dagu, mata, rahang, bibir, dan mulut dengan wajah sedih dan gembira.

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu memilih bahagian ‘Emoji Puppets’ untuk membuat emoji beranimasi ini (oleh ).

 

Sumber artikel: 9to5Mac dan MacRumors

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.