Berita iPhone

Program Baik Pulih Isu “Tiada Servis” pada iPhone 7

Servis Rangkaian

Pihak Apple telah mengenalpasti sejumlah unit iPhone 7 yang mengalami masalah “Tiada Servis”. Hal ini disebabkan kerosakan komponen dalaman iPhone 7 tersebut. Ia hanya melibatkan unit yang dihasilkan antara September 2016 hingga Februari 2018 dan dijual di Amerika Syarikat, China, Hong Kong, Jepun dan Makau. Oleh kerana masalah ini, Apple telah mewujudkan program baik pulih isu “tiada servis” pada iPhone 7.

Kepada sesiapa yang mengalami masalah ini dan ingin mendapatkan khidmat baik pulih dari Apple secara percuma, boleh ikuti langkah-langkah seperti dibawah ini.
1. Pastikan model iPhone 7 anda terlibat dalam program ini. Pada iPhone 7 anda, rujuk Seting > Umum > Perihal > Model (tekan sekali)

Model Negara
A1660 Amerika Syarikat (termasuk Puerto Rico dan Kepulauan Virgin Amerika  Syarikat), Hong Kong, Makau
A1779 Jepun
A1780 China

2. Jika terlibat dan mengalami masalah ini, sila ke Pusat Servis Apple (AASP) yang berhampiran dengan anda.

3. Anda perlu meninggalkan iPhone anda kepada mereka untuk diperiksa dan untuk proses penukaran. Ia mungkin mengambil masa lebih 5 hari waktu bekerja.

Pihak AASP berhak untuk tidak menerima iPhone 7 anda jika mendapati ada sebarang pengubahsuaian pada iPhone anda, kecacatan dan sebagainya. Jika ada keretakan pada skrin, anda perlu menukar skrin terlebih dahulu (daripada Apple) sebelum mendapatkan servis ini.

Disebabkan program ini melibatkan iPhone yang asalnya dijual di luar Malaysia, kebanyakan AASP mungkin tidak menyertai/menyediakan program ini. Namun begitu, anda boleh bertanya kepada mereka dan menghubungi pihak Apple untuk bantuan lanjut.

Jika sebelum ini anda membayar sejumlah wang untuk mendapatkan khidmat baik pulih di AASP, anda berhak untuk menuntut semula wang tersebut.

Program ini berlangsung sehingga September 2019 – Februari 2021 (bergantung kepada tarikh iPhone anda dibuat)

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.