Berita Macbook Pro Panduan

Program Gantian Bateri Macbook Pro 13 inci (Tanpa Touch Bar)

Pihak Apple mengenalpasti beberapa unit Macbook Pro 13 inci (tanpa Touch Bar) yang mengalami masalah bateri kembung. Ia hanya melibatkan unit yang dihasilkan antara Oktober 2016 hingga Oktober 2017. Oleh kerana masalah ini, Apple telah mewujudkan Program Gantian Bateri Macbook Pro 13 inci (Tanpa Touch Bar).

Kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama ataupun masalah pada bateri anda, boleh ikuti langkah-langkah seperti dibawah ini.
1. Pergi ke laman https://www.apple.com/my/support/13inch-macbookpro-battery-replacement/

2. Periksa sama ada Macbook Pro anda layak atau tidak. Letakkan nombor siri Macbook Pro anda di ruangan yang disediakan. Tekan hantar.

3. Jika layak, sila ke Pusat Servis Apple (AASP) yang berhampiran dengan anda.

4. Anda perlu meninggalkan Macbook Pro anda kepada mereka untuk diperiksa dan untuk proses penukaran. Ia mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hari waktu bekerja.

Pihak AASP berhak untuk tidak menerima Macbook Pro 13 inci (tanpa Touch Bar) anda jika mendapati ada sebarang pengubahsuaian, kecacatan dan sebagainya. Jika sebelum ini anda membayar sejumlah wang untuk mendapatkan khidmat penukaran bateri di AASP, anda berhak untuk menuntut semula wang tersebut.

Program ini masih berlangsung sehingga Oktober 2021.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.