Macbook Macbook Pro Panduan

Program Gantian Papan Kekunci Macbook dan Macbook Pro

Pihak Apple mengenalpasti beberapa unit Macbook dan Macbook Pro yang mengalami masalah pada papan kekunci. Ia hanya melibatkan jenis Macbook dan Macbook Pro yang dihasilkan antara 2015 hingga 2017. Oleh kerana masalah ini, Apple telah mewujudkan Program Gantian Papan Kekunci Macbook dan Macbook Pro.

Berikut merupakan model yang terlibat

  • MacBook (Retina, 12-­inci, Awal2015)
  • MacBook (Retina, 12­-inci, Awal 2016)
  • MacBook (Retina, 12-­inci, 2017)
  • MacBook Pro (13­-inci, 2016, Dua Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (13-­inci, 2017, Dua Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (13-­inci, 2016, Empat Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (13-­inci, 2017, Empat Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (15-­inci, 2016)
  • MacBook Pro (15-­inci, 2017)

Masalah yang dimaksudkan ialah

  • Karakter huruf/nombor/simbol yang ditekan keluar berulang-ulang
  • Karakter yang ditekan tidak keluar
  • Kekunci tidak bertindak balas dan melekat pada papan.

Kepada sesiapa yang mengalami masalah yang di atas dan merupakan model-model tersebut, boleh ikuti langkah-langkah seperti dibawah ini.

1. Pergi ke Pusat Servis Apple yang berhampiran anda.

2. Anda perlu meninggalkan Macbook atau Macbook Pro anda kepada mereka untuk diperiksa dan untuk proses penukaran. Ia mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hari waktu bekerja. Penukaran mungkin melibatkan semua papan kekunci atau yang terlibat sahaja

Pihak AASP berhak untuk tidak menerima Macbook atau Macbook Pro anda jika mendapati ada sebarang pengubahsuaian, kecacatan dan sebagainya. Jika sebelum ini anda membayar sejumlah wang untuk mendapatkan khidmat penukaran papan kekunci di AASP, anda berhak untuk menuntut semula wang tersebut.

Program ini masih berlangsung sehingga tahun 2021.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.