iPhone Panduan

Program Gantian Papan Logik iPhone 8

Pihak Apple mengenalpasti beberapa unit iPhone 8 yang mengalami masalah tidak boleh dihidupkan, sering mati dan hidup semula tanpa dijangka dan skrin yang tidak responsif. Ia hanya melibatkan iPhone 8 yang dihasilkan antara September 2017 hingga Mac 2018 dan dijual di negara Amerika Syarikat, Australia, China, Hong Kong, India, Jepun dan Makau. Oleh kerana adanya masalah ini, Apple telah mewujudkan Program Gantian Papan Logik iPhone 8.

Kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama pada iPhone 8 anda, boleh ikuti langkah-langkah seperti dibawah ini.

1. Pergi ke laman https://www.apple.com/support/iphone-8-logic-board-replacement-program/other-countries/

2. Periksa sama ada iPhone 8 anda layak atau tidak. Letakkan nombor siri iPhone 8 anda di ruangan yang disediakan. Nombor Siri iPhone 8 boleh didapati di Seting > Umum > Perihal > Nombor Siri. Kemudian, tekan hantar.

3. Jika layak, sila ke Pusat Servis Apple (AASP) yang berhampiran dengan anda.

4. Anda perlu meninggalkan iPhone 8 anda kepada mereka untuk diperiksa dan untuk proses penukaran. Ia mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hari waktu bekerja.

Pihak AASP berhak untuk tidak menerima iPhone 8 anda jika mendapati ada sebarang pengubahsuaian pada iPhone anda, kecacatan dan sebagainya. Jika ada keretakan pada skrin, anda perlu menukar skrin terlebih dahulu (daripada Apple) sebelum mendapatkan servis ini.

Disebabkan program ini melibatkan iPhone yang asalnya dijual di luar Malaysia, kebanyakan AASP di Malaysia mungkin tidak menyertai/menyediakan program ini. Namun begitu, anda boleh bertanya kepada mereka dan menghubungi pihak Apple untuk bantuan lanjut.

Program ini berlangsung sehingga September 2020 – Mac 2021 (bergantung kepada tarikh iPhone anda dibuat)

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.