iPhone Panduan

Program Gantian Skrin iPhone X

Pihak Apple mengenalpasti beberapa unit iPhone X yang mengalami masalah skrin yang tidak responsif dan skrin bergerak sendiri disebabkan oleh kerosakan modul skrin. Oleh kerana adanya masalah ini, Apple telah mewujudkan Program Gantian Skrin iPhone X.

Kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama pada iPhone X anda, boleh ikuti langkah-langkah seperti dibawah ini.

  1. Sila ke Pusat Servis Apple (AASP) yang berhampiran dengan anda.
  2. Jika layak untuk membuat penukaran, anda perlu meninggalkan iPhone X anda kepada mereka untuk diperiksa dan untuk proses penukaran. Ia mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hari waktu bekerja.

Pihak AASP berhak untuk tidak menerima iPhone X anda jika mendapati ada sebarang pengubahsuaian pada iPhone anda, kecacatan dan sebagainya. Jika ada keretakan pada skrin, anda perlu menukar skrin terlebih dahulu (daripada Apple) sebelum mendapatkan servis ini.

Jika sebelum ini anda membayar kepada AASP untuk mendapatkan servis penukaran disebabkan masalah ini, anda layak untuk menuntut semula bayaran anda itu.

Program ini berlangsung sehingga November 2020 – August 2021.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.