Apple Watch

Rekaan Apple Watch Series 3 Dengan Sokongan Selular Dan Digital Crown Baharu Tertiris

Seperti khabar angin sebelum ini, peranti Apple Watch bakal dikemas kini dan mempunyai ciri baharu daripada model sebelum ini. Model terbaru yang dijangka akan diperkenalkan ialah Apple Watch Series 3 dengan sokongan selular. Kini, dijumpai dalam aplikasi Apple Watch yang terdapat pada versi iOS 11 Golden Master yang tertiris hari ini.

Pada model yang dipaparkan dalam aplikasi tersebut, menunjukkan Apple Watch berwarna Space Grey dengan tali jam Sport berwarna hitam. Setelah dikenal pasti, terdapat ikon ganggang telefon dan ikon penunjuk arah yang muncul apabila aplikasi yang menggunakan peta dibuka. Pada Apple Watch itu juga, terdapat warna merah pada Digital Crown Apple Watch tersebut.

Secara ciri fizikalnya, masih mengekalkan reka bentuk yang sama seperti Apple Watch Series 2, bermaksud anda boleh menggunakan tali jam yang sama dan hanya perubahan pada spesifikasi dalaman. Dengan mengandaikan warna merah pada Digital Crown itu ialah antena bagi sokongan selular LTE. Dari segi warna kerangka, terdapat dua warna baharu yang mungkin ditawarkan iaitu ‘Blush Gold’ dan ‘Ceramic Grey’.

Dalam kod GM tersebut juga terdapat kod yang menunjukkan bahagian penggunaan pelan selular yang berfungsi dan boleh digunakan. Pada kod tersebut menjelaskan peranti Apple Watch menggunakan sambungan selular untuk membuat dan menerima panggilan serta data ketika berada jauh daripada iPhone. Pengguna boleh menambah peranti Apple Watch mereka pada pelan langganan telekomunikasi yang digunakan (mungkin perlu bayaran tambahan).

Ini bermaksud, pengguna boleh membuat panggilan pada nombor telefon yang digunakan pada iPhone dan bercakap secara terus melalui Apple Watch mereka. Apabila syarikat telekomunikasi menyokong ciri ini, sistem secara automatik akan memberitahu pengguna untuk menggunakan pelan dan proses konfigurasi perlu dibuat ataupun tidak mahu.

Menurut pada kod itu juga, syarikat telekomunikasi dikatakan bakal menawar pelan promosi istimewa bagi Apple Watch dengan sokongan selular LTE ini dengan percuma selama tiga bulan digunakan yang hanya boleh ditebus pada satu kali sahaja. Selepas dari tiga bulan tersebut, pengguna mungkin perlu membayar bayaran langganan secara bulanan. Tidak dipastikan samada telco di Malaysia akan menawarkan pelan seperti ini.

Gambar di atas menujukkan Control Center pada Apple Watch dengan ikon isyarat selular yang boleh diaktif atau dinyahaktif. Terdapat juga pelan langganan yang sudah siap dipasang bermaksud Apple Watch mungkin boleh dibeli daripada syarikat telekomunikasi secara terus. Ia boleh ditetapkan pada pelan langganan telekomunikasi yang digunakan daripada ia dibeli. Tidak dipastikan Apple Watch ini akan dikunci sama seperti iPhone GSM ataupun tidak.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.