Apple Panduan

Senarai Pusat Servis Apple di Malaysia

Pusat Servis

Umum mengetahui bahawa di Malaysia ini, tidak ada Apple Store. Di Asia Tenggara ini, Apple Store hanya baru dibuka di Orchard Road, Singapura dan satu lagi bakal dibuka di Bangkok, Thailand. Apple Store merupakan rangkaian kedai rasmi Apple yang juga menyediakan Genius Bar, iaitu pusat servis rasmi Apple. Di Malaysia, tidak ada Genius Bar, tetapi Apple telah ‘melantik’ beberapa syarikat untuk menjadi Wakil Penyedia/Pusat Servis Apple di Malaysia. Berikut merupakan senarai pusat servis Apple di seluruh Malaysia.

Sekiranya anda merasakan Pusat Servis ini terlalu jauh dari tempat anda, anda juga boleh menghantar peranti ada di pusat-pusat seperti di bawah. Mereka akan membantu untuk menghantarkan peranti Apple anda untuk mendapatkan servis yang sah dari Apple.

 

drop-off

Dengan senarai ini, mudahlah anda untuk menghantar peranti Apple anda dan mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dan rasmi hanya dari Apple. Selain itu, anda juga dapat menukar bateri dengan harga promosi pada harga RM121* sahaja di Wakil Pusat Servis Apple ini. Tempoh penukaran bateri itu bergantung kepada operasi, prosedur dan stok yang mereka ada.

Jangan pula anda pergi ke Ibu Pejabat Korporat Apple Malaysia di Kuala Lumpur Sentral pula. Sudah tentu anda tidak boleh mendapatkan perkhidmatan daripada mereka. Jika anda mahu dapatkan bantuan umum mengenai produk Apple, boleh hubungi mereka di 1-800 803 638.

 

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.